Pembelian Hartanah Terbaru Milik Ukhwah
Terletak di Kiara View, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, 12 unit telah berjaya dibeli oleh pihak Koperasi Ukhwah. Berkat usaha semua pihak, Ukhwah dapat membeli hartanah di lokasi yang strategik di sekitar ibu kota dalam usaha untuk meningkatkan hartanah bumiputera di Malaysia dan luar negara amnya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090703010427/Article/index_html
KUALA LUMPUR: Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) memperuntukkan RM27.9 juta membina 12 unit banglo berkembar tiga tingkat di Kiara View Sri Hartamas di sini sebagai pelaburan jangka panjang terbaru koperasi berkenaan.
Projek pembangunan Fasa 4 (a) berkeluasan 4,236.24 meter persegi dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.
Koperasi terbabit memiliki lapan unit banglo berkembar bernilai RM11.6 juta di perumahan elit itu yang siap pada 2007 dan kini disewakan kepada warga asing.
Setiap satu disewa pada harga RM10,000 hingga RM15,000 dan menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta seunit dijadikan rumah tamu lengkap dengan kemudahan kelab rekreasi mini.
Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut, berkata koperasi digalakkan terbabit dalam bidang belian serta jualan hartanah.
Hadir sama, wakil pemaju Seni Nusantara Sdn Bhd, Nizaruddin Asmuni.
| Ahd | Isn | Sel | Rabu | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
- Penubuhan Tabung Hartanah Ukhwah
- Jam Tangan
- H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang
- Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu
- Tahniah!
- Majlis rumah terbuka aidilfitri 1 Malaysia kumpulan koperasi@Medan Tuanku
- Sumbangan Baitulmal UKHWAH
- 16 Koperasi pembekal produk Ukhwah Choice
- Restoran Rakyat Terbaru Di PJ
- Gambar Majlis Menandatangani Perjanjian Hartanah





del.icio.us
Digg
Technorati



