Rombongan Ukhwah di Bera, Pahang
Pada 8 dan 9 Ogos lalu, Koperasi Ukwah telah menganjurkan satu aktiviti kemasyarakatan di mana pihak koperasi mengadakan lawatan ke perkampungan orang asli. Dengan tema ‘Koi, Kumpulan Koperasi (COOP)’ Koperasi Ukhwah yang dianggotai seramai 40 orang telah mengunjungi kampung Lubuk Tamangan, sebuah perkampungan orang asli yang terletak di daerah Bera, Pahang..
Kampung Lubuk Tamangan yang terletak hampir 30 km dari Bandar Bera ini didiami lebih kurang 100 orang penduduk di mana majoriti penduduk di kampung ini terdiri dari suku kaum Semelai. Menurut Tok Batin kampung ini, Pn. Junaidah Abdullah, terdapat beberapa buah keluarga dari kampung ini telah pun memeluk agama Islam. Kampung Lubuk Tamangan telah dijadikan sebagai kampung angkat oleh Koperasi Ukhwah.Program ini dianjurkan bertujuan untuk berdakwah dan menjalinkan ukhwah di antara pihak Koperasi Ukhwah dengan penduduk-penduduk kampung. Dalam program selama 2 hari ini, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk beriadah bersama-sama dengan penduduk-penduduk kampung. Melalui aktiviti ini, rombongan pihak koperasi Ukhwah dapat beramah mesra dan berkenalan dengan penduduk-penduduk kampung dengan lebih dekat lagi. Sambutan yang diberikan oleh penduduk-penduduk kampung juga sangat menggalakkan di mana, setiap acara atau program yang disediakan oleh pihak Koperasi Ukhwah turut dihadiri dan disertai oleh mereka.
Kemuncak program ‘Dakwah Dan Jalinan Ukhwah’ ini adalah dengan ketibaan tetamu-tetamu terhormat iaitu YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Rahim Baba, Penasihat Koperasi Ukhwah, Tuan Haji Hassan Bin Gondol, Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, wakil dari Jabatan Agama Islam Daerah Bera dan ramai lagi.
Program ini diakhiri dengan acara meletakkan papan tanda di sempadan kampung Lubuk Tamangan yang telah disempurnakan oleh Penasihat Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba.
Nilai artikel ini
Pandu arkib
| Ahd | Isn | Sel | Rabu | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
Lagi Menarik..
- Penubuhan Tabung Hartanah Ukhwah
- Jam Tangan
- H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang
- Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu
- Tahniah!
- Majlis rumah terbuka aidilfitri 1 Malaysia kumpulan koperasi@Medan Tuanku
- Sumbangan Baitulmal UKHWAH
- 16 Koperasi pembekal produk Ukhwah Choice
- Restoran Rakyat Terbaru Di PJ
- Gambar Majlis Menandatangani Perjanjian Hartanah
1
Displaying
1 - 10
of
1286





del.icio.us
Digg
Technorati




Komen-Komen (0 Dihantar):
Hantar komen anda