Lawatan Timbalan Perdana Menteri Ke Restoran Ukhwah
Pada hari Sabtu, 29 Ogos yang lalu, Restoran Rakyat 1 Malaysia milik Ukhwah telah menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedatangan beliau adalah untuk meninjau restoran Rakyat milik UKHWAH yang semakin diperkatakan orang ramai serta menyaksikan penyampaian sumbangan derma yang diperolehi dari hasil jualan restoran pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 yang lalu. Sumbangan yang berjumlah RM 3,918.60 telah di dermakan kepada anak-anak yatim Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Sumbangan ini telah diserahkan oleh Datuk Rahim Baba, Penasihat Koperasi UKHWAH kepada ahli Parlimen Parit Sulong sendiri iaitu Y.B Dato’ Noraini Ahmad yang mewakili anak-anak yatim Parit Sulong. Sumbangan ini akan diagih-agihkan sendiri oleh beliau.
Selain dari sumbangan derma, Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) yang diterajui oleh Y.B. Dato’ Noraini Ahmad juga telah memberi sumbangan berupa sebuah Van Kecemasan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong. Majlis ini telah disaksikan oleh tetamu-tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis ini lagi. Antara tetamu yang hadir pada majlis ini adalah Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Y.B. Dato’ Noraini Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong), Y.B. Senator Datuk Wira Syed Ali Al Habshee (Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah), Y.B Senator Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan), Y.B Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Rahim Suboh (Penasihat Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Rahim Baba (Penasihat UKHWAH), Tuan Haji Hassan Bin Gondol (Naib Pengerusi UKHWAH), wakil dari SKM, wakil dari UMNO Parlimen Parit Sulong dan wakil dari UKHWAH.
| Ahd | Isn | Sel | Rabu | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
- Penubuhan Tabung Hartanah Ukhwah
- Jam Tangan
- H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang
- Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu
- Tahniah!
- Majlis rumah terbuka aidilfitri 1 Malaysia kumpulan koperasi@Medan Tuanku
- Sumbangan Baitulmal UKHWAH
- 16 Koperasi pembekal produk Ukhwah Choice
- Restoran Rakyat Terbaru Di PJ
- Gambar Majlis Menandatangani Perjanjian Hartanah





del.icio.us
Digg
Technorati




Komen-Komen (0 Dihantar):
Hantar komen anda