Utama | Berita Ukhwah | Ukhwah Menaja Rancangan Fitrah Kasih

Ukhwah Menaja Rancangan Fitrah Kasih

Saiz font: Decrease font Enlarge font
image

Siaran lansung dari Angkasapuri, RTM, Koperasi Ukhwah telah menaja program Fitrah Kasih. Sebuah rancangan berbentuk membantu golongan kurang bernasib baik atau kebajikan

Dalam kita menyambut kemeriahan di bulan Syawal ini, ada pihak yang kurang bernasib baik terpaksa menyambutnya dalam keadaan kesedihan dan kesunyian. Tersentuh dengan keadaan mereka, pihak Koperasi UKHWAH bersama pihak RTM telah mengadakan satu majlis untuk memberikan peluang kepada mereka menyambut kemeriahan Aidilfitri ini. Program ‘Fitrah Kasih’ terbitan RTM ini diadakan pada 1 Oktober 2009 bersamaan 12 Syawal 1430 H bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri. Program selama 1 jam ini telah dihadiri oleh anak-anak yatim, golongan ibu tunggal dan juga golongan mualaf. Dalam majlis ini, pihak Koperasi UKHWAH yang diwakili oleh Y.Bhg. Datuk Rahim Baba (Yang Di Pertua Koperasi UKHWAH), Tn. Hj. Mustapa Kamal Maulut (Pengerusi Koperasi UKHWAH) dan Tn. Haji Hassan Gondol (Naib Pengerusi Koperasi UKHWAH) telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM 7,500 kepada seorang ibu tunggal, Pn. Siti Noorizan Ibrahim. Beliau  yang tidak mampu bekerja kerana mengidap penyakit Kanser serta mengalami masalah katarak mata juga terpaksa memelihara seorang adiknya yang kurang upaya. Sumbangan ini merupakan kos perubatan dan kos pengangkutan yang akan ditanggung oleh pihak Koperasi UKHWAH selama satu tahun. Selain itu, pihak Koperasi UKHWAH juga telah mendermakan duit raya dan “goodies bag” yang diserahkan oleh Tn. Hj. Mustapa Kamal Maulut kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal dan mualaf.

Komen-Komen (0 Dihantar):

Hantar komen anda comment
Sila masukkan kod yang di paparkan:
  • email Emel Kepada Rakan
  • print Versi cetakan
  • Plain text Teks kosong
Nilai artikel ini
3.00
Galeri Gambar
Pandu arkib
first first September, 2010 first first
Ahd Isn Sel Rabu Kha Jum Sab
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
Senarai Tag
Tiada tag dalam artikel ini

Hakcipta - 2008 Ukhwah Berhad - Susah Senang Kita Sentiasa Bersama