Berita Kebajikan UkhwahCare
Berita-berita sumbangan kebajikan Koperasi Ukhwah di media massa..
Ukhwah bantu Nurul teruskan pengajian
www.sinarharian.com.my/archive/090209/utr/story2422987.asp - 2279 bytes
YAN - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) meluluskan bantuan pendidikan koperasi seorang murid tahun lima, Sekolah Kebangsaan Hj Hussin Dol, memandangkan keluarganya kurang berkemampuan.
Ketua Komunikasi Koporat dan Perhubungan Awam Koperasi Ukhwah, Sharifah Aminah Al-Habshee berkata, Nurul Asyikin Ismail, akan menerima bantuan sebanyak RM40 sebulan ketika di sekolah kebangsaan, kemudian memperoleh RM60 sebulan apabila ke sekolah menengah.
Menurutnya, bantuan pendidikan itu melalui biasiswa kecil Maulidur Rasul Koperasi Ukhwah Berhad sehingga tingkatan lima sahaja.
“Diharap dengan bantuan itu sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan keluarga Nurul.
Dengan bantuan itu juga, di harap Nurul dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai dalam pelajarannya,” katanya.
Nurul merupakan anak bongsu daripada enam beradik bercita-cita untuk berjaya dalam hidupnya agar dapat membantu keluarganya kelak.
Bapa Nurul, Ismail Omar yang hanya bekerja dengan mengambil upah menoreh getah berasa lega dengan bantuan tersebut.
Koperasi Ukhwah bantu warga miskin, anak yatim
www.sinarharian.com.my/archive/100409/utr/story2640782.asp - 4176 bytes
KEPALA BATAS - Jika sebelum ini banyak program kebajikan diadakan di sekitar Lembah Klang tetapi kini Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad melebarkan sayap ke kawasan Utara tanah air.
Bermula dari Bukit Gantang, ia meneruskan usaha ke Alor Setar sebelum singgah di Butterworth dan Kepala Batas bagi menjayakan misi membantu golongan yang kurang bernasib baik atau masih dalam keadaan daif.
Penasihat Media dan Pengiklanannya, Mohamad Hisham Mohamad Hamidi berkata, sejak ditubuhkan enam tahun lalu di Kuala Lumpur, koperasi ini mencari masyarakat yang masih hidup dalam keadaan daif untuk disalurkan bantuan atau kewangan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Beliau berkata setakat ini, koperasi itu yang lebih dikenali sebagai Ukhwah, mempunyai cawangan di Taiping, Perak dan Alor Setar, Kedah bagi memudahkan urusan pentadbiran dan perhubungan dengan masyarakat setempat.
“Melalui program Ukhwah Di Hati Ku, kami mengamalkan konsep memberi bantuan terus kepada sasaran tanpa melalui orang tengah atau pihak ketiga untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Program ini menyasarkan golongan ibu tunggal, anak yatim, mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, miskin serta masih hidup dalam keadaan sudah atau daif,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, bantuan yang disalurkan adalah mengikut keperluan setiap keluarga atau berdasarkan setiap kes yang dilaporkan.
“Kami akan turun sendiri membuat siasatan untuk melihat keadaan sebenar sesebuah keluarga yang dikatakan daif atau memerlukan bantuan.
“Kami tidak mahu ada pihak yang memberi maklumat palsu. Kami juga tidak mahu berlaku pertindihan ketika menyalurkan bantuan termasuk dengan pusat zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Ukhwah juga melancarkan Tabung Prihatin dengan mewajibkan setiap ahli membuat sumbangan amal jariah ‘1 sen 1 hari’ untuk membantu golongan miskin.
“Walaupun sasaran Ukhwah kecil sahaja tetapi ramai ahli yang membuat sumbangan dengan kadar yang lebih besar untuk membela nasib golongan kurang mampu di kawasan luar bandar,” katanya.
Setakat ini, Ukhwah mempunyai sebuah asrama yang menempatkan 35 anak daripada keluarga miskin di Subang Jaya agar mereka menikmati kehidupan dan peluang pendidikan yang lebih selesa.
“Ukhwah menanggung semua perbelanjaan mereka yang dianggarkan antara RM200 hingga RM300 sebulan bagi setiap penghuni asrama berkenaan.
“Mereka belajar di sekolah yang berhampiran dengan asrama. Selain itu, mereka diberi kelas khas untuk mengaji al-Quran, solat dan bahasa Inggeris bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam ilmu duniawi dan akhirat,” katanya.
Mohamad Hisham mempelawa orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan melayari lama web www.ukhwah.com.my atau menghantar emel kepada hisham_hamidi@yahoo.com atau menelefon 019-3333528.
Impian pesakit strok siapkan rumah tercapai
www.sinarharian.com.my/archive/270309/utr/story2591363.asp - 4077 bytes
KAMPUNG SELAMAT- Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah) melalui “skuad ukhwah di hatimu” membantu Mihat Kasim, 53, yang menghidapi sakit strok untuk menyiapkan rumah Mihat yang terbengkalai setelah sejak lapan tahun lalu.
Naib Pengerusi Ukhwah, Mohd Hassan Gondol berkata, melalui skuad Ukhwah di hatimu, kita (koperasi Ukhwah) akan menjelajah seluruh negara untuk melihat kehidupan masyarakat dan dalam masa yang sama akan cuba membantu mereka yang kurang berkemampuan seperti Mihat sekeluarga.
“Untuk mencapai matlamat tersebut, kami meminta masyarakat supaya dapat bekerjasama dengan koperasi Ukhwah dengan memberi maklumat mengenai masyarakat kawasan mereka yang dalam kesusahan dan kurang berkemampuan.
“Dengan cara itu, secara tidak langsung ukhuwah dapat mengenal pasti individu yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat tapak rumah Mihat yang terbengkalai di sini, baru-baru ini.
Selain bantuan untuk membina rumah, Ukhwah turut memberikan sumbangan berbentuk barangan makanan dan wang tunai diberikan kepada keluarga Mihat sekeluarga.
Mohd Hassan berkata, Koperasi Ukhwah telah ditubuhkan pada 1998 dan jelajah skuad ukhwah di hatimu bermula pada 2005, kini koperasi Ukhwah berpusat di No. 28, Tingkat 2, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur.
Mihat sekeluarga hanya tinggal di sebuah rumah pondok berukuran 3 x 3 meter keluasannya, isterinya, Che Siti Said, 50, hanya bekerja sebagai penoreh getah milik orang lain untuk menyara keluarga dan membantu suaminya yang kini sakit strok serta menguruskan kehidupan anak-anaknya yang masih bersekolah.
Mihat mengidap sakit strok sejak lapan tahun lalu, sebelum ini Mihat bekerja sebagai kelindan lori kayu di salah sebuah kilang di Padang Lembu tetapi kini beliau tidak mampu lagi bekerja.
Suami isteri itu mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syukuri, Mohd Zamri, Mohd Hasif dan Mohd Rasyid. Mohd Syukuri dan Mohd Zamri hanya melakukan kerja-kerja kampung dan mereka mempunyai tanggungjawab menyara keluarga masing-masing kerana mereka telah berumah tangga.
Manakala Mohd Hasif masih belajar di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Empat dan Mohd Rasyid belajar di Sekolah Kebangsaan Batu Empat di darjah Tiga, menurutnya.
Che Siti berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada Ukhwah kerana telah membantu dia sekeluarga menyiapkan rumah yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu.
Dia (Che Siti) hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM15 sehari dengan hanya mengambil upah menoreh getah .
“Disebabkan kesempitan hidup, kami sekeluarga hidup bergelap tanpa bekalan elektrik dan hanya menggunakan pelita minyak tanah kerana tidak mampu membayar bekalan elektrik, manakala bekalan air diperoleh daripada perigi berhampiran rumah,” katanya.




| Ahd | Isn | Sel | Rabu | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
- Penubuhan Tabung Hartanah Ukhwah
- Jam Tangan
- H1N1: Kes kedua dikesan di P.Pinang
- Koperasi Ukhwah bantu beli kaki palsu
- Tahniah!
- Majlis rumah terbuka aidilfitri 1 Malaysia kumpulan koperasi@Medan Tuanku
- Sumbangan Baitulmal UKHWAH
- 16 Koperasi pembekal produk Ukhwah Choice
- Restoran Rakyat Terbaru Di PJ
- Gambar Majlis Menandatangani Perjanjian Hartanah





del.icio.us
Digg
Technorati




Komen-Komen (0 Dihantar):
Hantar komen anda