Tawaran Lelongan Barangan Kemas Skim Ar-Rahnu
Ar-Rahnu X-Change milik Koperasi UKHWAH akan mengadakan satu lelongan barang-barang kemas kepada orang ramai melalui tender terbuka berdasarkan HARGA REZAB yang telah ditetapkan.
Lelongan ini akan diadakan di cawangan Ar-Rahnu di No 20 Ground Floor, Lorong Medan Tuanku Satu, 50300 Kuala Lumpur pada 23 & 24 September 2010 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tawaran ini dibuka kepada semua individu yang berkelayakan iaitu:
I. Berumur 18 tahun dan ke atas
II. Individu tidak muflis dan disenarai hitamkan oleh Bank Rakyat
III. Warga kerja dan mana-mana ahli keluarga Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X-Change tidak layak memohon.
Penender boleh mengemukakan lebih daripada 1 borang tetapi pihak Ar-Rahnu X-Change tidak terikat dengan mana-mana tawaran tender sama ada “tawaran tertinggi atau tawaran terendah”
Borang tender yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan dengan RESIT BAYARAN TENDER SEBANYAK RM5.00 untuk satu akaun (bayaran tidak akan dikembalikan) dan dimasukkan ke dalam peti tender selewat-lewatnya pada atau 24 September 2010



del.icio.us
Digg