Laman Utama | Berita Ukhwah

Aktiviti Kebajikan Pembuka Tahun Baru 2012

image

3 Jan 2012. Mini Karnival Kebajikan anjuran bersama Koperasi UKHWAH dan Maybank cawangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur sekali lagi diadakan di sini. Karnival ini bermula dari 9.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

Seperti tahun lepas, aktiviti utama yang disediakan pada karnival ini tertumpu kepada aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan seperti aktiviti menderma darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara (PDN). Sepanjang karnival ini diadakan, sambutan orang ramai terhadap aktiviti menderma darah ini amat menggalakkan.

Selain itu, UKHWAH Charity Shop yang mewakili Koperasi Ukhwah turut mengambil bahagian dalam karnival ini dengan menjual pakaian dan barang-barang lain dengan harga serendah RM5. Manakala pihak Maybank pula menawarkan perkhidmatan untuk mengemaskini buku akaun Amanah Saham Bumiputera kepada anggotanya.

Turut sama dalam memeriahkan lagi karnival ini adalah dari Pusat Jualan Proton, Pusat Jualan Toyota, usahawan kecil-kecilan serta penjaja bergerak seperti Cookies Wagon. Walaupun karnival ini diadakan secara sederhana tetapi sambutan yang diterima dari orang ramai amat menggalakkan terutamanya dari kawasan sekitar.

Letak di: Add to your del.icio.us del.icio.us | Digg this story Digg
  • email E-mel Kepada Rakan
  • print Versi Cetakan
  • Plain text Teks Biasa
Rate this article
0