|
SOALAN SOALAN LAZIM
S:Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi? J: a) warganegara Malaysia b) telah mencapai umur lapan belas tahun c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi
S: Bolehkah menjadi ahli Ukhwah tanpa mengambil pinjaman pembiayaan peribadi? J: Boleh, hanya perlu mendaftar dan membayar yuran bulanan. Anda akan menjadi ahli kelab UkhwahCare dan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
S: Siapakah yang layak memohon pembiayaan UKHWAH? J: Ahli dan bakal ahli UKHWAH yang berkhidmat disektor kerajaan dan badan berkanun,yang berusia 19-55 tahun,berjawatan tetap dan berkhidmat melebihi melebihi 4 bulan.Pemohon berjawatan kontrak boleh dipertimbangkan tertakluk pada pihak pengurusan.
S: Berapakah jumlah pembiayaan maksimum? J: Pembiayaan maksimum (terbaru) adalah Rm150,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan? J: Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 peratus dari jumlah pendapat kasar
S: Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap? J : Semua jenis elaun /imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh: elaun khidmat awam, elaun perumahan,elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.
S: Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan? J : Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan
S: Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain? J: Boleh. Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia mestilah tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan
S: Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin? J: Tidak diperlukan
S: Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon. J: Pemohon akan mendapat 91 peratus hingga ke 93 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.
S: Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini? J : Tempoh pemprosesan adalah dari 7 sehingga 10 hari bekerja.
S: Adakah ‘blacklist’ layak memohon? J : ‘Blacklist’ juga layak memohon
S: Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan? J : Tempoh adalah dari 12- 180 bulan. (tertakluk kepada pihak pengurusan)
S: Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini? J : Bayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
S: Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayan ini? J : Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja),1 bulan slip gaji terkini dan 3 salinan untuk setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesian awal (jika perlu).
S: Bagimanakah caranya untuk memohon pembiayaan ini? J: Dapatkan borang permohonan di Pejabat UKHWAH berhampiran atau hubungi pegawai pemasaran yang dilantik atau boleh menghubungi hotline talian 03-26944922
S: Siapa yang layak menjadi ahli dan bagaimana caranya? J: a. Semua yang berusia 18 tahun ke atas. b. Lengkapkan borang dan hantar ke pejabat Ukhwah beserta wang pembayarannya. Borang boleh didapati dari pejabat Ukhwah atau dimuat turun dari website
Ukhwah; http://www.ukhwah.com.my/core/muat-turun/224.html
Keahlian
YURAN TAHUN PERTAMA RM420.00 RM10.00 wang pendaftaran RM360.00 (RM30 x 12 bulan) wang tabungan (dikembalikan setelah memohon menamatkan keahlian) RM50.00 wang saham koperasi (dikembalikan setelah memohon menamatkan keahlian) YURAN TAHUN KEDUA DAN SETERUSNYA RM360.00 RM360.00 (RM30 x 12 bulan) wang tabungan (dikembalikan setelah memohon menamatkan keahlian)
Setiap keahlian yang lulus akan mendapat Kad keahlian, nombor ahli serta kit maklumat tentang Koperasi Ukhwah.
c. Bank-in RM420.00 ke Nama Akaun Bank - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad. Nombor Akaun Bank - Maybank 564342-60103-1 dan fax bank-in slip ke nombor 03 - 2694 1530 d. Bagi yang sudah atau akan memohon pinjaman peribadi dengan Koperasi Ukhwah, keahlian adalah automatik dan tidak perlu membuat bayaran untuk menjadi ahli koperasi Ukhwah.
S: Jika pemohon hanya ingin menjadi ahli tanpa membuat pinjaman, bagaimana cara pembayaran tersebut melalui pemotongan Angkasa? J: a. Pembayaran RM420.00 dan seterusnya RM360.00 juga boleh dibuat secara potongan gaji melalui Angkasa. b. Pemohon harus sertakan salinan I/C, 3 bulan salinan slip gaji dan mengisi borang Angkasa. Borang Angkasa dan borang ahli boleh didapati di pejabat Ukhwah atau hubungi 03-26929222/ 03-26914530/ 03-26912530 sambungan: 122 untuk minta diposkan. c. Boleh juga membuat bayaran secara tunai dengan cara ke pejabat Koperasi Ukhwah (bagi kakitangan kerajaan atau swasta)
S: Bagi yang tidak menerima kad atau sebarang surat, buletin atau apa-apa notis dari koperasi ukhwah tentang keahlian setelah lebih dari 2 bulan…. Apakah tindakan mereka? J: a. Semua ahli akan menerima kad ahli mengikut giliran masing-masing. b. Ahli juga boleh menghubungi 03-26929222/ 03-26914530/ 03-26912530 sambungan: 122 untuk minta disegerakan penghantaran kad ahli. c. Bagi ahli yang belum menerima kad, semua permohonan boleh dibuat dengan hanya menyatakan nombor I/C sahaja. Begitu juga dengan nombor ahli (masukkan nombor I/C pada ruang nombor ahli) jika membuat penempahan online bilik penginapan. d. Pihak Pengurusan Ukhwah akan menyampaikan maklumat dan jemputan Mesyuarat Agong melalui laman webnya http://www.ukhwah.com.my/core/ atau surat khabar (metro).
S: Apakah kelebihan dan faedah menjadi ahli Koperasi Ukhwah? J: a. Kebajikan UkhwahCare ~ khairat kematian ~ perkahwinan ~ kelahiran anak b. Dermasiswa kepada pelajar cemerlang c. Penginapan di sekitar Kuala Lumpur d. Agen Takaful e. Pakaj umrah ziarah & umrah save f. Kemudahan agensi pelancongan g. Kemudahan pusat perubatan h. Rangkaian restoran Rakyat 1Malaysia i. Rangkaian runcit Ukhwah Shoppe j. Perkhidmatan CoopAssist (talian bebas tol 1-800-88-3800) ~ perkhidmatan pusat panggilan ~ perkhidmatan menunda ~ perkhidmatan penghantaran bateri ~ perkhidmatan altenatif ke rumah selepas kemalangan ~ perkhidmatan semasa kecemasan ~ perpindahan maklumat kecemasan ~ perkhidmatan perundangan ~ perkhidmatan sewa kereta k. Pinjaman pembelian komputer l. Simpanan bulanan dan saham (*tertakluk kepada terma dan syarat)
S: Bagaimana cara untuk membuat permohonan atau tuntutan bagi mendapatkan kelebihan serta faedah sebagai ahli Koperasi Ukhwah? J: a. Semua permohonan itu adalah hak mutlak ahli yang harus dituntut. Dan permohonan mestilah tidak melebihi enam bulan dari peristiwa kejadian. b. Ahli hanya perlu menunjukkan bukti berkaitan serta surat permohonan. Pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada syarat-syaratnya tersendiri. c. Hubungi bahagian Kebajikan UkhwahCare: 03-26914530/03-2694 2530/03-2692 5530 dan fak: 03-2694 1530/03-2691 053
S: Bagaimana jika seseorang ingin berhenti daripada keahlian? J: a. Ahli hanya perlu menulis surat rasmi dan bertandatangan. Surat itu boleh dipos atau fax (03-26941530) ke pejabat Ukhwah. b. Jika ahli ada membuat pinjaman peribadi, pinjaman itu harus dilunaskan terlebih dahulu. c. Proses menamatkan keahlian memerlukan masa untuk diproses*
S: Berapa lama proses menamatkan keahlian dan potongan keahlian melalui Angkasa? J: a. Proses menamatkan keahlian mengambil masa 2 hingga 3 bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan pemberhentian ahli oleh pegawai Ukhwah. b. Potongan BPA akan tamat serentak dengan penamatan keahlian. c. Pemulangan wang simpanan dan wang saham ahli akan dibuat setelah 4 hingga 5 bulan dari tarikh penamatan keahlian. d. Sebaiknya ahli yang ingin menamatkan keahliannya boleh menghubungi terus Pn. Rahayu 03-2691 4530 di pejabat Ukhwah sebaik saja tamat pemotongan pinjaman dalam slip gaji ahli.
PENGINAPAN
S: Siapa yang layak dan bagaimanakah cara untuk membuat tempahan bilik? J: a. Banyak pilihan penginapan disediakan kepada semua ahli Ukhwah. b. Ahli koperasi KOPUTRI, KOBETA dan PUSAMAJU juga layak menggunakan kemudahan ini. c. *Setiap ahli layak mendapat 6 kali percuma sepanjang keahlian koperasi masih aktif. d. Semua tempahan penginapan mestilah secara online, sila layari web http://www.ukhwah.com.my/booking/. e. Bagi ahli yang belum dapat nombor ahli, isikan nombor I/C pada ruang nombor ahli.
S: Bagaimana cara untuk membuat pembayaran penginapan? J: a. Pembayaran mestilah dibuat seminggu sebelum tarikh check in. b. Bank-in kan jumlah pembayaran mengikut harga bilik tempahan dan jumlah hari tempahan kepada: Nama Akaun Bank - Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad. Nombor Akaun Bank - Maybank 564342-60103-1. c. Fax bank-in slip ke nombor 03 - 2694 153 beserta nombor booking, nama bilik penginapan, nama ahli (pemohon) dan nombor hand phone untuk mudah dihubungi. d. Hubungi talian 03 - 2691 2530 atau 03-2691 4530 - Pn. Sharifah / Pn. Yanti / Cik Norazlin untuk memastikan tempahan atau bertanya sebarang masalah.
S: Bagaimana jika ingin membatalkan tempahan penginapan? J: a. Sila maklumkan kepada Pn. Sharifah / Pn. Yanti / Cik Norazlin sekurang-kurangnya 3 hari dari tarikh check in. b. Jika kurang dari 3 hari memaklumkan pembatalan booking, booking tidak boleh dibatalkan dan wang booking juga tidak dikembalikan.
KADAR SEWA "HOME STAY" AHLI UKHWAH
1) VILLA UKHWAH, TAMAN TASIK TITIWANGSA, K.L
RM30/SEMALAM/BILIK RM300/SEMALAM/SEBUAH RUMAH
CAJ AIR/ELEKTRIK RM150/SEMALAM/SEBUAH RUMAH
DEPOSIT RM300/SEBUAH RUMAH
2) DAMAI VILL, BANGLO ALAM DAMAI, CHERAS
RM30/SEMALAM/BILIK RM300/SEMALAM/SEBUAH RUMAH
CAJ AIR/ELEKTRIK RM150/SEMALAM/SEBUAH RUMAH
DEPOSIT RM300/SEBUAH RUMAH
3) KLCC-MARK SERVICE RESIDENCE APARTMENT, K.L
RM80/SEMALAM/SEUNIT (studio) RM100/SEMALAM/SEUNIT (1 bed room) RM120/ SEMALAM/SEUNIT (2 bed room)
4) MAYTOWER HOTEL, NO. 7, JALAN MUNSHI ABDULLAH, 50100 KUALA LUMPUR
RM80/SEMALAM/SEUNIT (studio)
5) UKHWAH 7TH RESIDENCE, JALAN MEDAN TUANKU, K.L
RM60/SEMALAM/SEUNIT (studio)
6) UKHWAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
JENIS BILIK; Theater : 100 persons Class : 60 persons
HARGA; SEHARI : RM 400 (8.30am-6.30ptg) SETENGAH HARI : RM 200 (8.30am-1.30pm) TAMBAHAN PER JAM : RM 30 MALAM : RM 200 (8.00pm-12.00am) SEWA OVERHEAD PROJECTOR; RM 50 PER HARI MENYEDIAKAN PAKEJ KATARING (RM20 PER ORANG) SARAPAN MAKAN TENGAH HARI MINUM PETANG
7) BANGLO CASABELLA BANDAR SUNWAY, SELANGOR
RM400 DEPOSIT RM500/SEMALAM/SEUNIT RM400 TAMBAHAN UNTUK ACARA-ACARA KERAMAIAN
BANGLO CASABELLA TIDAK MENAWARKAN SEWA BILIK
PINJAMAN
S: Siapa yang layak membuat pinjaman dan berapa jumlah maksimum pinjaman serta faedahnya? J: a. Semua kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang boleh membuat pemotongan gaji melalui Biro Angkasa layak memohon. Senarai tetap akan disenaraikan dari semasa ke semasa. Koperasi Ukhwah tidak memberi pinjaman kepada pekerja swasta atau pelajar IPT buat masa ini. b. Jumlah maksimum pinjaman sehingga RM250,000.00*. c. Interest serendah 4~5% dan berubah-ubah mengikut promosi semasa. d. Sila semak kelayakkan potongan gaji melalui Biro Angkasa daripada majikan masing-masing. e. Sila lihat lampiran senarai kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang layak membuat pinjaman.
S: Bagaimana memohon pinjaman peribadi dari Koperasi Ukhwah? J: a. Kelayakkan; ~ Berumur 19 – 55 tahun. ~ Berjawatan tetap serta berkhidmat melebihi 6 bulan. ~ Potongan gaji ( termasuk pembiayaan baru ) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan. ~ Pendapatan minimum RM500 ke atas layak memohon. ~ Tempoh bayaran balik 12 – 180 bulan.
b. Dokumen; ~ 3 Salinan kad pengenalan baru, disahkan oleh majikan. ~ 3 Salinan surat beranak / surat pengesahan lahir, yang disahkan oleh ketua majikan ( PDRM sahaja ). ~ 3 Salinan penyata gaji yang terkini, disahkan oleh majikan. ~ 1 Bulan penyata gaji asal yang terkini. ~ 1 Salinan buku bank simpanan AmIslamic Bank (butir – butir maklumat akaun).
Borang pinjaman Koperasi perlu diisikan. Borang boleh didapati di pejabat kami atau boleh hubungi kami untuk diposkan. Pejabat koperasi ada di hampir setiap negeri di Malaysia.
c. Sila kunjungi pejabat marketing Ukhwah atau hubungi pegawai pemasaran kami ditalian 03 – 2694 3922 / 03 – 2694 4922 / 03 – 2694 5922.
S: Bagaimana cara untuk berhenti pemotongan Angkasa? J: a. Pemotongan Angkasa hanya boleh diberhentikan setelah peminjam menjelesaikan pinjamannya. b. Peminjam tidak perlu berhenti pemotongan Angkasa jika masih ingin menjadi ahli dan menikmati semua kelebihan serta faedah sebagai ahli Ukhwah. c. Untuk berhenti pemotongan Angkasa, ahli perlu menulis surat rasmi dan bertandatangan. Surat itu boleh dipos atau fax (03-26941530) ke pejabat Ukhwah. Proses menamatkan keahlian memerlukan masa untuk diproses. d. Setiap ahli juga boleh mohon berhenti pemotongan Angkasa dan tetap menjadi ahli dengan membayar yuran ahli secara bulanan atau tahunan supaya ahli tetap layak menggunakan hak dan kelebihan sebagai ahli.
S: Bagaimana seorang ahli dapat menyemak atau minta baki pinjaman? J: a. Baki pinjaman boleh didapati langsung dari Ambank bagi ahli yang membuat pinjaman melalui bank tersebut. Selain Ambank (Bank Rakyat atau Eon Bank) ahli perlu mengirim surat permohonan penyata pinjaman ke pejabat Ukhwah. Surat mestilah bertandatangan. Rujukan surat boleh dimuat turun dari http://www.ukhwah.com.my/core/pinjaman/47028.html
JAWATAN KOSONG
S: Bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi senarai di bawah; a. Latihan praktikal b. Jawatan kosong c. Cadangan/idea pelaburan d. Tawaran produk/perkhidmatan
J: Semua permohonan di atas atau permohonan lain yang tidak dinyatakan dapat disampaikan melalui surat rasmi kepada pengurusan Ukhwah. Nyatakan nama, alamat, email serta nombor untuk dihubungi.
UKHWAH CHARITY SHOP
S: Bagaimana hendak menyumbangkan barang-barang yang anda tidak memerlukan lagi? J: a. Barang-barang terpakai hendaklah masih berkeadaan baik dan sesuai untuk disumbangkan. b. Boleh menghantar terus ke kedai Ukhwah Charity Shop di … no tel c. Boleh hubungi kami untuk proses pengambilan bagi barangan dalam kuantiti yang banyak.
Jika keterangan di atas tidak menjawab pertanyaan anda, sila hubungi pihak pengurusan berpandukan lampiran nombor telefon yang disertakan. Terima kasih atas email dan pertanyaan anda. Semoga kita lebih Ukhwah. Talian Pertanyaan Maklumat; No. Maklumat berkaitan
1 Hartanah No Talian 03-2691 4530 03-2694 2530 03-2692 5530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas En. Nik Pn. Yantie 2 Agen Takaful No Talian 03-2691 4530 03-2694 2530 03-2692 5530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas En. Nik Pn. Yantie 3 Teksi No Talian 03-2691 4530 03-2694 2530 03-2692 5530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas Ust. Azmi 4 Ukhwah Komputer No Talian 03-2698 7692 03-2697 0195 No faksimili 03-2698 7692 Pegawai bertugas Cik. Rahayu / En. Nur Aqmar / En. Imran
5 Ukhwah Ar-Rahnu No Talian 03-2692 7773 No faksimili 03-2692 7776 Pegawai bertugas Pn. Raha 6 Kebajikan UkhwahCare No Talian 03-2694 2530 03-2691 4530 03-2692 5530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas Pn. Rahayu 7 Dermasiswa kepada pelajar cemerlang No Talian 03-2691 4530 03-2694 2530 03-2692 5530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas Pn. Rahayu 8 Penginapan di sekitar Kuala Lumpur No Talian 03-2694 2530 03-2691 4530 No faksimili 03-2691 0530 03-2694 1530 Pegawai bertugas Pn. Sharifah/ Pn. Yanti/ Cik Norazlin 9 Pakaj Umrah Ziarah & Umrah Save No Talian 03-2697 0113 03-2697 0059 No faksimili 03-2697 0024 Pegawai bertugas En. Israqi/ En.Faizal/ Pn. Linda 10 Kemudahan Agensi Pelancongan No Talian 03-2697 0113 03-2697 0059 No faksimili 03-2697 0024 Pegawai bertugas En. Israqi/ En.Faizal/ Pn. Linda 11 Kemudahan Pusat Perubatan No Talian 03-298 7457 03-292 4594 03-262 9164 No faksimili 03-2692 9245 12 Perkhidmatan CoopAssist No Talian 1-800-88-3922 13 Rangkaian Restoran Rakyat 1 Malaysia No Talian 03-2693 8562 No faksimili 03-2692 2558 Pegawai bertugas En.Redzuan(Pak. Andak) 14 Sewa Kereta No Talian 03-2692 4784 No faksimili 03-2692 6660 Pegawai bertugas Pn. Khadijah(013-676 9442)
Apa itu Potongan Gaji Melalui BPA?
SISTEM POTONGAN GAJI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA (Klik Di Sini Untuk Borang Online Semakan Potongan Gaji)
Sistem Potongan Gaji BPA ialah satu sistem di mana semua potongan-potongan koperasi dan lain-lain diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan kerja-kerja potongan gaji di jabatan-jabatan kerajaan. Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain badan untuk mendapatkan bayaran-bayaran seperti yuran, saham, pinjaman dan sebagainya dengan lebih bersistematik dan terjamin.
Bagi anggota-anggota koperasi pula, sistem ini memberi mereka kesenangan membayar balik segala yang terhutang atau yang patut dibayar kepada koperasi atau lain-lain. Sistem potongan gaji ini diwujudkan untuk memudahkan semua pihak dalam urusan masing-masing iaitu, pihak Jabatan dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, koperasi dalam urusan mendapatkan bayaran balik pinjaman dan yuran manakala anggota dalam urusan menyelesaikan bayaran yang perlu dibuat setiap bulan.
Sistem Potongan Gaji BPA ini diuruskan dan dikendalikan oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) iaitu satu daripada bahagian-bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). BPA diwujudkan atas kemahuan koperasi ekoran daripada keputusan kerajaan tidak lagi mahu membuat potongan koperasi dari lembaran gaji dengan alasan terlalu banyak kerja dan sudah sampai masanya koperasi berdikari.
BPA mula menjalankan perkhidmatannya pada bulan April 1977 untuk 23 buah koperasi sahaja dan pada masa ini terdapat 783 buah koperasi dan bukan koperasi menggunakan perkhidmatannya. Jumlah potongan yang diuruskan juga meningkat daripada RM1.5 juta sahaja dalam tahun 1977 kepada RM380 juta sebulan setakat Julai 2006 dengan bilangan rekod potongan anggota melebihi 2.2 juta. BPA memusatkan operasinya di Petaling Jaya walaupun pelanggan-pelanggannya terdapat di merata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Biro Perkhidmatan ANGKASA ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja Biro Perkhidmatan ANGKASA. Ahli-anggota Jawatankuasa ini dilantik oleh Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA (Jawatankuasa Puncak), mengandungi :-
- Pengerusi yang dilantik oleh Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA.
- Tiga orang atau satu bilangan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA.
- Dua orang yang mewakili koperasi.
- Bendahari Eksekutif sebagai Setiausaha.
|