Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil turun melawat tapak gerai peniaga kecil-kecilan di Medan Tuanku. Perniagaan ini merupakan salah satu dari projek dibawah kelolaan kementerian ini
Koperasi Ukhwah membuka lebaran baru di Tahun 2012 ini dengan menerima kunjungan lawatan anggota koperasi sekolah dari Padang, Indonesia.
Majlis Jamuan Raya Merdeka anjuran Komuniti Medan Tuanku telah berlangsung dengan meriahnya di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Dianggarkan 3000 orang tetamu yang hadir pada majlis ini.
Majlis penyampaian derma & berbuka puasa bersama orang asli di perkampungan Lubuk Tamangan, Bera, Temerloh, Pahang
Majlis Pelancaran Kebun Tani Ukhwah yang disempurnakan oleh Y.B. Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan di Kebun Tani Ukhwah, Tamn Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Aktiviti gotong-royong yang diadakan di 'Kebun Kita' di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011 lalu.
Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan kini berlangsung di Medan Tuanku selama 3 hari bermula 23 hingga 25 Mei 2011.
Gotong-royong Perdana anjuran Kumpulan Koperasi @ Medan Tuanku telah diadakan di sekitar kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Kira-kira 250 orang terdiri dari kakitangan koperasi, premis-premis dikawasan ini serta jabatan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti ini.
Suasana hari pertama di jualan istimewa sempena ulang tahun pertama Ukhwah Computer, Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Mini Karnival Kebajikan anjuran bersama Koperasi UKHWAH dan Maybank cawangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.
Majlis Korban Perdana anjuran Kumpulan Koperasi @ Medan Tuanku yang diadakan di Kebun UKHWAH, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari Khamis 18 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431. 4 ekor lembu telah dikorbankan dan kira-kira 100 kilogram daging korban ini disedekahkan kepada fakir miskin.
Ahli Lembaga Koperasi UKHWAH telah mengadakan lawatan kerja selama 4 hari 3 malam ke Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini. Berbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang lawatan ini berlangsung termasuk mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Serba Usaha Dosen, Universiti Gajah Mada atau dikenali sebagai KOSUDGAMA.
Aktiviti UKHWAH Sepanjang 2010
Majlis Rumah Terbuka KOOP telah berlangsung pada Khamis, 7 Oktober 2010 bersamaan 28 Syawal 1431H lalu di lorong Medan Tuanku 1 di mana sebahagian jalan ini telah ditutup untuk mangadakan majlis ini. Majlis yang bermula kira-kira jam 2 petang ini telah menarik orang ramai untuk hadir ke majlis ini terutamanya di kawasan sekitar Medan Tuanku ini. Di jangkakan kira-kira 3000 tetamu telah hadir ke majlis ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya termasuk para pelancong asing.
Program Minggu Keusahawanan Koperasi 2010 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diadakan di lorong medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula 6 April hingga 7 April ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Majlis Pelancaran Projek Perumahan Casabella @ Grandville, hartanah terbaru milik Koperasi UKHWAH berlangsung di USJ 1, Subang Jaya, Selangor pada 27 Julai 2010 lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Projek perumahan yang bernilai RM180 juta ini merupakan kerjasama diantara Koperasi UKHWAH dengan syarikat pemaju Cabaran Subang Sdn Bhd di mana Koperasi UKHWAH merupakan pemegang saham sebanyak 30%.
Kuantan 16 Julai 2010. Hari Koperasi Negara bagi tahun 2010 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah diadakan di Padang MPK 2, Kuantan, Pahang bermula pada Jumaat 16 Julai 2010 dan akan berakhir pada Ahad, 18 Julai 2010. Majlis perasmian telah dilangsungkan kira-kira jam 4 petang oleh Y.A.B Datuk Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi UKHWAH kali ke 7 telah diadakan di UKHWAH International Convention Centre (UICC) yang terletak di Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada hari Jumaat 25 Jun 2010 lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh 11 orang Ahli Lembaga Pengarah UKHWAH serta 75 orang perwakilan dari setiap negeri seluruh Malaysia. Turut hadir Y. Berusaha En. Ayob, wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai pemerhati majlis ini.
Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Teksi KO-OP anjuran Koperasi UKHWAH telah diadakan di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis ini ialah Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan bagi merasmikan majlis ini.
COOP Medical Centre (CMC)