Ukhwah Aman Larkin, Hartanah Terbaru Milik Ukhwah
Wakil dari Koperasi Ukhwah melakukan pemeriksaan bangunan baru milik Koperasi Ukhwah sebelum terima kunci dari pihak pemaju di Larkin, Johor.
Baru-baru ini Koperasi Ukhwah telah melebarkan sayap perniagaannya ke Utara Semenanjung Tanah Air. Aman Larkin, Johor merupakan hartanah terbaru milik Koperasi Ukhwah yang baru siap dibina.
10 unit rumah kedai dua tingkat yang terletak di kawasan Industri Larkin, Johor telah dibeli pada tahun 2010 dengan harga kira-kira RM6.4 Juta. Walau bagaimanapun, 2 buah lot rumah kedai ini telah dijual kepada pihak Koperasi Koputri.
Menurut Datuk Rahim Baba, beberapa perancangan telah dibuat untuk menjalankan perniagaan di premis ini seperti hotel bajet, restoran, klinik, pasaraya dan sebagainya lagi. Kawasan ini dipilih untuk hartanah terbaru kerana keadaan tempat yang strategik. Kawasan ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan kilang-kilang.
Kawasan ini juga berpotensi untuk lebih maju kerana berhampiran dengan Bandaraya Johor Bahru. Selain itu, di sekitar kawasan ini juga terdapat beberapa buah pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara, Kolej Nursing dan sebagainya.



del.icio.us
Digg