Casabella@GrandVille Kebanggaan Koperasi UKHWAH
Banglo mewah Cabaran Subang yang terletak di Subang USJ 1, Selangor ini merupakan jenis kediaman yang berkualiti tinggi yang dibina untuk mereka yang idamkan gaya kediaman moden, berprestij dengan senibina berteknologi terkini untuk diwarisi generasi akan datang.
Dibangunkan oleh Cabaran Subang Sdn Bhd iaitu syarikat pembangunan hartanah yang majority sahamnya dimiliki oleh KOPERASI PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA BERHAD atau Koperasi UKHWAH adalah satu dimensi baru Koperasi UKHWAH dalam mengukuhkan penglibatannya dalam meningkatkan keupayaan dalam bidang hartanah bumiputera terutama dalam memajukan sektor koperasi Negara dan menyokong kerajaan melaksanakan DASAR KOPERASI NEGARA melalui fasa ke-2 (DK 2011 – 2020) yang telah dilancar pada 17 Julai 2010 yang lalu oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.
Sepanjang tempoh 8 tahun Koperasi UKHWAH terlibat dalam bidang hartanah yang berkualiti tinggi di Lembah Kelang bagi menjamin pelaburannya memberi pulangan jangka panjang. Kini projek Cabaran Subang bakal menjadi kebanggaan warga Koperasi UKHWAH kerana melalui projek ini mereka bersama-sama membangunkan projek hartanah mereka sendiri dengan sokongan serta keyakinan berbagai pihak anggota dan institusi kewangan. Keupayaan kepimpinan Koperasi UKHWAH meniti cabaran dalam sektor koperasi negara yang semakin rancak berkembang telah meletakkan Koperasi UKHWAH dalam kelasnya tersendiri.
Hari ini melalui pelaburan syarikat pemaju hartanahnya sendiri Cabaran Subang Sdn Bhd, Koperasi UKHWAH melakar sejarah yang tersendiri dengan membina projek perumahan mewah Cabaran Subang yang memiliki 60 unit banglo yang dibina dengan harga RM184 juta merangkumi beberapa jenis unit dengan keluasan, kemudahan setiap unit dan reka bentuk yang berbeza dengan harga terendah seunit RM2.5 juta dan tertinggi RM5.8 juta.
Unit yang terdiri dari jenis A,B,C,D,E,F,G dan H ini memiliki ciri keistimewaan yang memenuhi impian setiap pemiliknya. Ini kerana setiap unit mempunyai ruang yang diperlukan untuk sebuah keluarga dengan gaya hidup moden masa depan. Keluasan sehingga 8300 kaki persegi pasti memberi keselesaan bagi sebuah keluarga yang besar dan yang menginginkan ruang yang lebih untuk bersantai. Dibina dengan rekabentuk yang memenuhi ciri kediaman mewah dengan lanskap yang menghijau dan seni taman yang menambah keselesaan dan kesegaran sebuah kejiranan masa depan untuk generasi pewaris. Terletak di kejiranan yang terancang dengan kemudahan laluan keluar masuk yang menghubungkan rangkaian lebuhraya memudahkan untuk ke pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya, KLIA, Shah Alam, Pelabuhan Kelang, PLUS dan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Projek kediaman banglo mewah yang menjadi titik mula Koperasi UKHWAH dalam memaju dan membangunkan hartanahnegara ini diharap terus mendapat sokongan warga koperasi dan pembeli kerana ini membuktikan pengurusan kewangan dan pentadbiran koperasi yang berintegriti membolehkan sektor koperasi berkembang sejajar dengan hasrat anggota dan kerajaan melalui tema Hari Koperasi Negara 2010 “KOPERASI PENGGERAK EKONOMI RAKYAT”



del.icio.us
Digg