MHI@TV3 Bersiaran Langsung Di Restoran Ukhwah
Lintas langsung rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 telah berlangsung di Restoran Rakyat 1Malaysia seawal jam 7 pagi
Hari ini rancangan 'Malaysia Hari Ini'(MHI) terbitan Media Prima telah bersiaran secara langsung di Restoran Rakyat 1Malaysia. Dikendalikan oleh pengacara terkenal, Ally Iskandar rancangan ini bersiaran secara langsung menerusi tiga slot iaitu pada pukul 7.20 pagi, 7.50 pagi dan 8.20 pagi.
Antara perkara yang di 'highlight' kan adalah berkenaan 'Menu Rakyat' yang disediakan di restoran ini. Ini termasuklah berkenaan harga dan menu untuk hidangan yang terdapat dalam program menu rakyat.
Antara program-program yang disediakan dalam rancangan ini adalah seperti bersarapan bersama Ally Iskandar, temuramah pengunjung restoran, temuramah Pengerusi Ukhwah Y.Bhg Dato' Sri Hj. Mustapa Kamal Maulut dan Pengurus RR1M En. Idris Sani. Selain itu, Ally Iskandar juga sempat menunjukkan bakatnya dalam menebar roti canai dan membuat teh tarik.



del.icio.us
Digg