Laman Utama | Jual Beli

Ukhwah Charity Shop – Berbelanja Sambil Beramal

image

UKHWAH Charity Shop merupakan salah satu rangkaian perniagaan Koperasi UKHWAH telah pun beroperasi pada 22 Julai 2010 yang lalu. Bertempat di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur UKHWAH Charity Shop di buka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam Isnin hingga Ahad.

Di UKHWAH Charity Shop, kami menawarkan berbagai barangan-barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik kepada anda dengan harga yang rendah. Antara barangan yang terdapat di sini adalah seperti pakaian, cenderamata, aksesori seperti beg tangan, kasut, tali pinggan dan sebagainya. Selain itu, bahan cetakan seperti buku dan novel juga turut dijual di sini. Walaupun Charity Shop hanya menjual barangan terpakai, kebanyakan barangan yang dijual masih dalam keadaan baik.

Konsep yang digunakan di Charity Shop ini adalah ‘berniaga sambil beramal’. Pihak UKHWAH memperolehi barang-barang jualan ini hasil dari sumbangan orang ramai. Barangan ini akan dijualkan kepada orang ramai dengan kadar harga yang berpatutan mengikut jenis dan kualiti barangan. Hasil dari jualan ini akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti memberi sumbangan kepada pesakit kronik, pesakit daif, kanak-kanak terbiar, mangsa kebakaran, anak-anak yatim, orang kurang upaya serta warga emas.

Di Charity Shop, kami amat mengalu-alukan kesudian anda untuk memberi sumbangan dalam bentuk barangan seperti pakaian atau aksesori yang masih elok untuk di jual di sini. Sekiranya anda ingin menyumbang, anda boleh membawanya terus ke kedai kami yang terletak di No. 6, Lorong Medan Tuanku Satu, 50300 Kuala Lumpur atau hubungi kami di talian 03-2691 3477.  Sumbangan anda amat kami hargai kerana dapat membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan.

Letak di: Add to your del.icio.us del.icio.us | Digg this story Digg
  • email E-mel Kepada Rakan
  • print Versi Cetakan
  • Plain text Teks Biasa
Rate this article
1.33
Image gallery